Ismail berusia belia ketika memulai perjalanannya menuju Allah s.w.t.  Ibunya membawanya dan menidurkannya di atas tanah, yaitu tempat  yang sekarang kita kenal dengan nama telaga zamzam dalam Ka'bah.  Saat itu tempat yang dihuninya sangat tandus dan belum terdapat telaga  yang memancar dari bawah kakinya. Tidak ada di sana setitis air pun.  Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya, Hajar, bersama anaknya yang kecil.  "Wahai Ibrahim ke mana engkau hendak pergi dan membiarkan kami di  lembah yang kering ini?" Kata Hajar. "Wahai Ibrahim di mana engkau akan  pergi dan membiarkan kami? Wahai Ibrahim ke mana engkau akan pergi?"  Si ibu mengulang-ulang apa yang dikatakannya. Sedangkan Nabi Ibrahim  diam dan tidak menjawab. Kita tidak mengetahui secara pasti bagaimana  perasaan Nabi Ibrahim saat meninggalkan mereka berdua di suatu lembah  yang tidak ada di alamnya tumbuh-tumbuhan dan minuman. Namun Allah  s.w.t telah memerintahkannya untuk tinggal di lembah itu. Dengan  lapang dada Nabi Ibrahim melaksanakan perintah Allah s.w.t. 
Dalam kisah-kisah israiliyat (kisah-kisah palsu yang dibuat oleh Bani Israil)  disebutkan bahawa isteri pertamanya, Sarah, tampak cemburu pada  Hajar, isteri keduanya, sehingga kerananya Nabi Ibrahim harus  menjauhkannya beserta anaknya. Kami percaya bahawa kisah ini palsu  dan penuh dengan kebohongan. Jika kita mengamati keperibadian Nabi  Ibrahim, maka kita mengetahui bahawa beliau tidak akan mendapat  perintah dari seorang pun selain Allah s.w.t. 
Kami tidak meyakini bahawa beliau terperangkap dalam perasaan  kecemburuan feminisme dan kami juga tidak percaya bahawa beliau  sengaja membangkitkan perasaan ini. Kami tidak mengira bahawa  peribadi Sarah yang mulia akan terpedaya dengan sikap egoisme.  Bukankah ia sendiri yang menikahkan Nabi Ibrahim dengan Hajar,  pembantunya agar ia mendapatkan keturunan? Ia menyedari bahawa  dirinya wanita tua dan mandul. Ia sendiri yang menikahkannya dan  membantu pelaksanaannya. Ia telah memberikan dan mengabdikan  dirinya kepada seorang lelaki yang hatinya tiada dipenuhi dengan cinta  kepada siapa pun kecuali cinta kepada Penciptanya. 
Allah s.w.t berfirman tentang Sarah dan Hajar: 
"Rahmat Allah dan keberkatan-Nya dicurahkan atas kamu, hai ahlul  bait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah. (QS. Hud:  73) 
Jadi, masalahnya adalah bukan masalah kecemburuan antara sesama  wanita, namun ia adalah tugas yang diperintahkan oleh Allah s.w.t yang  di dalamnya tersembunyi hikmah-Nya. Barangkali Sarah lebih hairan  daripada Hajar ketika Nabi Ibrahim memerintahkannya untuk membawa  anaknya Ismail dan mengikutinya. "Ke mana engkau hai Ibrahim pergi?"  Mungkin pertama-tama Hajar yang bertanya kepadanya dan mungkin juga  Sarah yang bertanya. Nabi Ibrahim hanya terdiam dan akhirnya kedua  wanita itu pun juga terdiam. 
Di sana terdapat hikmah yang tersembunyi di mana Nabi Ibrahim tidak  mengetahuinya dan Allah s.w.t tidak menjelaskan kepadanya. la tidak  mengetahui hai itu sebagaimana mereka berdua juga tidak  mengetahuinya. Jadi kedua-duanya hanya terdiam sebagai bentuk akhlak  dari isteri-isteri nabi. Inilah Hajar yang sendirian bersama anaknya di  lembah yang terasing dan tandus, di mana ia tidak mengetahui rahsia di  balik tempat itu. Inilah Ismail yang memulai perjalanannya menuju Allah  s.w.t saat masih menyusui. Ia mengalami ujian saat masih kecil dan juga  ujian bagi ayahnya, di mana ia mendapatkan seorang anak saat sudah  tua. Nabi Ibrahim menyedari bahawa manusia tidak memiliki sesuatu pun  dalam dirinya. Dan seseorang yang cinta kepada Allah s.w.t akan  memberikan dirinya kepada Allah s.w.t dan akan memberikan apa yang  di sukai oleh dirinya kepada Allah s.w.t tanpa harus diminta. Itu adalah  hukum cinta yang dalam. Kami tidak percaya bahawa Nabi Ibrahim  mengetahui mengapa ia harus meninggalkan Ismail dan ibunya di tempat  itu. Kami tidak mengira bahawa Allah s.w.t telah memberitahunya. Allah  s.w.t hanya menurunkan perintah dan Ibrahim hanya menaatinya. Di  sinilah tampak kerasnya ujian dan kesulitannya. Di sinilah cinta yang  paling dalam diungkapkan, dan di sinilah cinta yang murni dituangkan. 
Allah s.w.t menguji kekasih-Nya Ibrahim dengan suatu ujian yang sangat  keras, di mana umumnya para orang tua berat sekali melakukannya.  Bukan bererti bahawa cinta Allah s.w.t kepada Ibrahim dan cinta Ibrahim  kepada-Nya menjadikan Ibrahim tidak memiliki perasaan kemanusiaan.  Kekuatan cintanya pada Allah s.w.t justru menjadikan sebagai lautan dari  perasaan kemanusiaan, bahkan lautan yang tidak bertepi. Perasaan  beliau terhadap Ismail lebih besar, lebih lembut, dan lebih sayang dari  perasaan ayah mana pun terhadap anaknya. Meskipun demikian, beliau  rela meninggalkannya di tempat yang tandus kerana Allah s.w.t  memerintahkan hal tersebut. Terjadilah pergelutan dalam dirinya namun  ia mampu melewati ujiannya dan beliau memilih cinta Allah s.w.t  daripada cinta anaknya. 
Ketika Nabi Ibrahim menampakkan kecintaan yang luar biasa dari yang  seharusnya kepada anaknya, maka Allah s.w.t memerintahkannya untuk  menyembelihnya. Allah s.w.t agar hanya Dia yang menjadi pusat cinta  para nabi-Nya. Barang siapa yang mencintai Allah s.w.t, maka ia pun  harus mencintai kebenaran dan orang yang mencintai kebenaran adalah  orang memenuhi hatinya dengan cinta kepada Penciptanya semata.  Ismail mewarisi kesabaran ayahnya. Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah  s.w.t sebelumnya: 
"Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang  termasuk orang-orang yang soleh" (QS. ash-Shaffat: 100) 
Allah s.w.t menjawab: 
"Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat  sabar." (QS. ash-Shaffat: 101) 
Kesabaran yang sama yang terdapat pada ayahnya, kebaikan yang sama,  ketakwaan yang sama, dan adab kenabian yang sama pula. Ismail  mendapatkan ujian yang pertama saat beliau kecil dan ujian itu berakhir  saat Allah s.w.t memancarkan zamzam dari kedua kakinya sehingga  darinya ibunya minum dan menyusuinya. Kemudian Ismail mendapatkan  ujian yang kedua dalam hidupnya saat ia menginjak masa muda: 
"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha  bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: Hai anakku sesungguhnya  aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka  fikirkanlah apa pendapatmu!' Ia menjawab: 'Hai bapakku, kerjakanlah  apa yang diperintahkan kepadamu: Insya Allah kamu akan  mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'" (QS. ash-Shaffat:  102) 
Apa yang Anda kira terhadap jawapan si anak? Ia tidak bertanya tentang  sifat dari mimpi itu, dan ia tidak berdebat dengan ayahnya tentang  kebenaran mimpi itu, tetapi yang dikatakannya: "Wahai ayahku  laksanakanlah apa yang diperintahkan. "Janganlah engkau gelisah kerana  aku dan janganlah engkau menampakkan kesedihan dan keluh-kesah.  "Engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar."  Demikianlah jawapan seorang anak yang soleh terhadap ayahnya yang  soleh. Itulah puncak dari kesabaran dari seorang anak dan tentu orang  tuanya lebih harus bersabar. Itu bagaikan perlumbaan di antara keduanya  untuk menguji siapa di antara mereka yang paling sabar. Perlumbaan  yang tujuannya adalah meraih cinta Allah s.w.t. 
Allah s.w.t berfirman: 
"Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah Ismail (yang  tersebut) di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang  benar janjinya, dan dia adalah seorang rasul dan nabi. Dan ia  menyuruh keluarganya untuk bersembahyang dan menunaikan zakat,  dan ia adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya." (QS. Maryam:  54-55) 
Baitullah 
Ismail hidup di semenanjung Arab sesuai dengan kehendak Allah s.w.t.  Ismail memelihara kuda dan terhibur dengannya serta memanfaatkannya  untuk keperluannya. Sedangkan air zamzam sangat membantu orang- orang yang tinggal di daerah itu. Kemudian sebahagian kafilah menetap  di situ dan sebahagian kabilah tinggal di tempat itu. Nabi Ismail tumbuh  menjadi dewasa dan menikah. Lalu ayahnya, Nabi Ibrahim,  mengunjunginya dan tidak menemukannya dalam rumah namun ia hanya  mendapati isterinya. Nabi Ibrahim bertanya kepadanya tentang  kehidupan mereka dan keadaan mereka. isterinya mengadukan padanya  tentang kesempitan hidup dan kesulitannya. Nabi Ibrahim berkata  padanya: "Jika datang suamimu, maka perintahkan padanya untuk  mengubah gerbang pintunya." 
Ketika Nabi Ismail datang, dan isterinya menceritakan padanya perihal  kedatangan seorang lelaki, Ismail berkata: "Itu adalah ayahku dan ia  memerintahkan aku untuk meninggalkanmu, maka kembalilah engkau  pada keluargamu." Kemudian Nabi Ismail menikahi wanita yang kedua.  Nabi Ibrahim mengunjungi isteri keduanya dan bertanya kepadanya  tentang keadaannya. Lalu ia menceritakan padanya bahawa mereka  dalam keadaan baik-baik dan dikurniai nikmat. Nabi Ibrahim puas  terhadap isteri ini dan memang ia sesuai dengan anaknya. Barangkali  Nabi Ibrahim menggunakan kemampuan spirituilnya dan cahaya yang  mampu menyingkap keghaiban yang dimilikinya. Nabi Ibrahim  menyiapkan Ismail untuk mengembang tugas yang besar. Yaitu tugas  yang membutuhkan kerja keras kemanusiaan seluruhnya dan waktunya  seluruhnya serta kenyamanannya seluruhnya. 
Ismail menjadi besar dan mencapai kekuatannya. Nabi Ibrahim  mendatanginya. Tibalah saat yang tepat untuk menjelaskan hikmah Allah  s.w.t yang telah terjadi dari perkara-perkara yang samar. Nabi Ibrahim  berkata kepada Ismail: "Wahai Ismail, sesungguhnya Allah s.w.t  memerintahkan padaku suatu perintah" ketika datang perintah pada Nabi  Ibrahim untuk menyembelihnya, beliau menjelaskan kepadanya  persoalan itu dengan gamblang. Dan sekarang ia hendak mengemukakan  perintah lain yang sama agar ia mendapatkan keyakinan bahawa Ismail  akan membantunya. Kita di hadapan perintah yang lebih penting  daripada penyembelihan. Perintah yang tidak berkenaan dengan peribadi  nabi tetapi berkenaan dengan makhluk. 
Ismail berkata: "Laksanakanlah apa yang diperintahkan Tuhanmu  padamu." Nabi Ibrahim berkata: "Apakah engkau akan membantuku?"  Ismail menjawab: "Ya, aku akan membantumu." Nabi Ibrahim berkata:  "Sesungguhnya Allah s.w.t memerintahkan aku untuk membangun rumah  di sini." Nabi Ibrahim mengisyaratkan dengan tangannya dan menunjuk  suatu bukit yang tinggi di sana. 
Selesailah pekerjaan itu. Perintah itu telah dilaksanakan dengan  berdirinya Baitullah yang suci. Itu adalah rumah yang pertama kali  dibangun untuk manusia di bumi. Ia adalah rumah pertama yang di  dalamnya manusia menyembah Tuhannya. Dan kerana Nabi Adam adalah  manusia yang pertama turun ke bumi, maka keutamaan pembangunannya  kembali padanya. Para ulama berkata: "Sesungguhnya Nabi Adam  membangunnya dan ia melakukan tawaf di sekelilingnya seperti para  malaikat yang tawaf di sekitar Arasy Allah s.w.t. 
Nabi Adam membangun suatu khemah yang di dalamnya ia menyembah  Allah s.w.t. Adalah hal yang biasa bagi Nabi Adam -  sebagai seorang Nabi  - untuk membangun sebuah rumah untuk menyembah Allah s.w.t.  Tempat itu dipenuhi dengan rahmat. Kemudian Nabi Adam meninggal  dan berlalulah abad demi abad sehingga rumah itu hilang dan  tersembunyi tempatnya. Maka Nabi Ibrahim mendapatkan perintah dari  Allah s.w.t untuk membangun kedua kalinya agar rumah itu tetap berdiri  sampai hari kiamat dengan izin Allah s.w.t. Nabi Ibrahim mulai  membangun Ka'bah. Ka'bah adalah sekumpulan batu yang tidak  membahayakan dan tidak memberikan manfaat. Ia tidak lebih dari  sekadar batu. Meskipun demikian, ia merupakan simbol tauhid Islam dan  tempat penyucian kepada Allah s.w.t. Nabi Adam memiliki tauhid yang  tinggi dan Islam yang mutlak. Nabi Ibrahim pun termasuk seorang Muslim  yang tulus dan ia bukan termasuk seorang musyrik. 
Batu-batu rumah itu telah dibangun dari ketenteraman hati Nabi Adam  dan kedamaian Nabi Ibrahim serta cintanya dan kesabaran Nabi Ismail  serta ketulusannya. Oleh kerana itu, ketika Anda memasuki Masjidil  Haram Anda akan merasakan suatu gelombang kedamaian yang sangat  dalam. Terkadang pada kali yang pertama engkau melihat dirimu dan  tidak melihat rumah dan pemeliharanya. Dan barangkali engkau melihat  rumah pada kali yang kedua namun engkau tidak melihat dirimu dan  Tuhanmu. Ketika engkau pergi ke haji engkau tidak akan melihat dirimu  dan rumah itu yang engkau lihat hanya pemelihara rumah itu. Ini adalah  haji yang hakiki. Inilah hikmah yang pertama dari pembangunan Ka'bah. 
Allah s.w.t berfirman: 
"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar  baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): 'Ya Tuhan kami terimalah  dari kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha  Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami  berdua orang yang tunduk dan patuh kepada Engkau dan (jadikanlah)  di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan  tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji  kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha  Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Ya Tuhan kami, utuslah untuk  mereka seorang rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan  kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka  al-Kitab (Al-Quran) dan al-Hikmah (as-Sunnah) serta menyucikan  mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha  Bijaksana. " (QS. al-Baqarah: 127-129) 
Ka'bah terdiri dari batu-batuan yang ada di bumi di mana ia dijadikan  pondasi oleh Nabi Ibrahim dan Ismail. Sejarah menceritakan bahawa ia  pernah dihancurkan lebih dari sekali sehingga ia pun beberapa kali  dibangun kembali. Ia tetap berdiri sejak masa Nabi Ibrahim sampai hari  ini. Dan ketika Rasulullah saw diutus  - sebagai bukti pengabulan doa  Nabi Ibrahim - beliau mendapat Ka'bah dibangun terakhir kalinya, dan  tenaga yang dicurahkan oleh orang-orang yang membangunnya sangat  terbatas di mana mereka tidak menggali dasarnya sebagaimana Nabi  Ibrahim menggalinya. Dari sini kita memahami bahawa Nabi Ibrahim dan  Nabi Ismail mencurahkan tenaga keras yang tidak dapat ditandingi oleh  ribuan laki-laki. Rasulullah saw telah menegaskan bahawa kalau bukan  kerana kedekatan kaum dengan masa jahiliah dan kekhuatiran orang- orang akan menuduhnya dengan berbagai tuduhan jika beliau  menghancurkannya dan membangunkannya kembali, nescaya beliau ingin  merobohkannya dan mengembalikannya ke pondasi Nabi Ibrahim. 
Sungguh kedua nabi yang mulia itu telah mencurahkan tenaga keras  dalam membangunnya. Mereka berdua menggali pondasi kerana  dalamnya tanah yang di bumi. Mereka memecahkan batu-batuan dari  gunung yang cukup jauh dan dekat, lalu setelah itu memindahkannya dan  meratakannya serta membangunnya. Tentu hal itu memerlukan tenaga  keras dari beberapa lelaki tetapi mereka berdua membangunnya  bersama-sama. Kita tidak mengetahui berapa banyak waktu yang  digunakan untuk membangun Ka'bah sebagaimana kita tidak mengetahui  waktu yang digunakan untuk membuat perahu Nabi Nuh. Yang penting  adalah, bahawa perahu Nabi Nuh dan Ka'bah sama-sama sebagai tempat  perlindungan manusia dan tempat yang membawa keamanan dan  kedamaian. Ka'bah adalah perahu Nabi Nuh yang tetap di atas bumi  selama-lamanya. Ia selalu menunggu orang-orang yang menginginkan  keselamatan dari kedahsyatan angin taufan yang selalu mengancam  setiap saat. 
Allah s.w.t tidak menceritakan kepada kita tentang waktu pembangunan  Ka'bah. Allah s.w.t hanya menceritakan perkara yang lebih penting dan  lebih bermanfaat. Dia menceritakan tentang kesucian jiwa orang-orang  yang membangunnya dan doa mereka saat membangunnya: 
"Tuhan kami, terimalah dari hand (amalan kami), sesungguhnya  Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. " (QS. al- Baqarah: 127) 
Itulah puncak keikhlasan orang-orang yang ikhlas, ketaatan orang-orang  yang taat, ketakutan orang-orang yang takut, dan kecintaan orang-orang  yang mencintai: 
"Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh  kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara cucu kami umat yang  tunduk patuh kepada Engkau." (QS. al-Baqarah: 
128) 
Sesungguhnya kaum Muslim yang paling agung di muka bumi saat itu,  mereka berdoa kepada Allah s.w.t agar menjadikan mereka termasuk  orang-orang yang berserah diri pada-Nya. Mereka mengetahui bahawa  hati manusia terletak sangat dekat dengan ar-Rahman (Allah s.w.t).  Mereka tidak akan mampu menghindari tipu daya Allah s.w.t. Oleh  kerana itu, mereka menampakkan kemurnian ibadah hanya kepada Allah  s.w.t, dan mereka membangun rumah Allah s.w.t serta meminta pada- Nya agar menerima pekerjaan mereka. 
Selanjutnya, mereka meminta Islam (penyerahan diri) pada-Nya dan  rahmat yang turun pada mereka di mana mereka memohon kepada Allah  s.w.t agar memberi mereka keturunan dari umat Islam. Mereka ingin agar  jumlah orang-orang yang beribadah dan orang-orang yang sujud dan  rukuk semakin banyak. Sesungguhnya doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail  menyingkap isi had seorang mukmin. Mereka membangun rumah Allah  s.w.t dan pada saat yang sama mereka disibukkan dengan urusan akidah  (keyakinan). Itu mengisyaratkan bahawa rumah itu sebagai simbol dari  akidah. 
"Dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah  haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang  Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. " (QS. al-Baqarah: 128) 
Perlihatkanlah kepada kami cara ibadah yang Engkau sukai.  Perlihatkanlah kepada kami bagaimana kami menyembah-Mu di bumi.  Dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat  dan Maha Penyayang. Setelah itu, kepedulian mereka melampaui masa  yang mereka hidup di dalamnya. Mereka berdoa kepada Allah s.w.t: 
"Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang rasul dari kalangan  mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau,  dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab (Al-Quran) dan al-Hikmah  (as-Sunnah) serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang  Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. " (QS. al-Baqarah: 129) 
Akhirnya, doa tersebut terkabul ketika Allah s.w.t. mengutus Muhammad  bin Abdullah saw. Doa tersebut terwujud setelah melalui masa demi  masa. Selesailah pembangunan Ka'bah dan Nabi Ibrahim menginginkan  batu yang istimewa yang akan menjadi tanda khusus di mana tawaf di  sekitar Ka'bah akan dimulai darinya. Ismail telah mencurahkan tenaga di  atas kemampuan manusia biasa. Beliau bekerja dengan sangat antusias  sebagai wujud ketaatan terhadap perintah ayahnya. Ketika beliau  kembali, Nabi Ibrahim telah meletakkan Hajar Aswad di tempatnya.  "Siapakah yang mendatangkannya (batu) padamu wahai ayahku?" Nabi  Ibrahim berkata: "Jibril as yang mendatangkannya." Selesailah  pembangunan Ka'bah dan orang- orang yang mengesakan Allah s.w.t serta  orang-orang Muslim mulai bertawaf di sekitarnya. Nabi Ibrahim berdiri  dalam keadaan berdoa kepada Tuhannya sama dengan doa yang  dibacanya sebelumnya, yaitu agar Allah s.w.t menjadikan had manusia  cenderung pada tempat itu: 
"Maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka.  "(QS. Ibrahim: 37) 
kerana pengaruh doa tersebut, kaum Muslim merasakan kecintaan yang  dalam untuk mengunjungi Baitul Haram. Setiap orang yang mengunjungi  Masjidil Haram dan kembali ke negerinya ia akan merasakan kerinduan  pada tempat itu. Semakin jauh ia, semakin meningkat kerinduannya  padanya. Kemudian, datanglah musim haji pada setiap tahun, maka hati  yang penuh dengan cinta pada Baitullah akan segera melihatnya dan rasa  hausnya terhadap telaga zamzam akan segera terpuaskan. Dan yang lebih  penting dari semua itu adalah cinta yang dalam terhadap Tuhan,  Baitullah dan telaga zamzam yaitu, Tuhan alam semesta. Allah s.w.t  berfirman berkenaan dengan orang-orang yang mendebat Nabi Ibrahim  dan Nabi Ismail: 
"Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrani, akan  tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah)  dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik.  " (QS. Ali 'Imran: 67) 
Allah s.w.t mengabulkan doa Nabi Ibrahim dan beliau yang pertama kali  menamakan kita sebagai orang-orang Muslim. Allah s.w.t berfirman: 
SUMBER