Beliau adalah seorang utusan  Allah s.w.t. Telah terjadi pertentangan antara beliau dan kaumnya tentang  berhala yang bemama Ba'l. Nabi Ilyas menyeru di jalan Allah s.w.tdan mengajak  kaumnya tetapi kaumnya mengabaikannya. Mereka cenderung kepada Ba'l.                                       
Selesailah halaman kehidupan dunia dan mereka dihadirkan di hadapan  Allah s.w.tpada hari kiamat. Allah s.w.t menceritakan hal tersebut dalam  firman-Nya: 
"Dan sesungguhnya Ilyas termasuk salah seorang dari rasul-rasul.  (Ingatlah) ketika ia berkata kepada kaumnya: 'Mengapa kamu tidak  bertakwa? Patutkah kamu menyembah Ba'l dan kamu tinggalkan  sebaik-baik Pencipta, yaitu Allah Tuhanmu dan Tuhan bapak- bapakmu yang terdahulu?' Maka mereka mendustakannya, kerana itu  mereka akan diseret (ke neraka), kecuali hamba-hamba Allah yang  dibersihkan (dari dosa). Dan Kami abadikan untuk Ilyas (pujian yang  baik) di halangan orang-orang yang datang kemudian. (Yaitu)  kesejahteran dilimpahkan atas Ilyas? Sesungguhnya demikianlah Kami  memberi balasan hepada orang-orang yang berbuat baik.  Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman." (QS.  ash-Shaffat: 123-132) 
Hanya ayat-ayat yang pendek ini yang Allah s.w.t sebutkan berkaitan  dengan kisah Nabi Ilyas. Dan pendapat yang paling kuat adalah pendapat  yang menyatakan bahawa Ilyas adalah seorang Nabi yang bernama Ilya  dalam Taurat. Injil Barnabas mengemukakan nasihat-nasihat Ilya. Tentu  nasihat-nasihat tersebut tidak begitu terkenal dalam Taurat. Kami akan  menyebutkan nasihat-nasihat tersebut kerana di dalamnya terdapat  hikmah yang dalam dan ketulusan hati. Pesan tersebut terdapat dalam  injil Barnabas dari ayat 23 sampai ayat 49. Disebutkan di dalamnya  bahawa 
"Ilya adalah hamba Allah. Hal ini ditulis bagi semua orang yang  menginginkan untuk berjalan bersama Allah Pencipta mereka.  Sesungguhnya orang yang suka untuk banyak belajar maka ia akan sedikit  takut kepada Allah. kerana orang yang takut kepada Allah maka ia akan  merasa puas untuk mengetahui apa-apa yang diinginkan Allah saja.  Hendaklah orang-orang yang menginginkan untuk mengerjakan amal-amal  yang soleh memperhatikan diri mereka kerana seseorang tidak akan  memperoleh manfaat ketika mendapati dunia mendapatkan keuntungan  sementara ia mendapati kerugian. Selanjutnya, hendaklah orang yang  mengajari orang lain berusaha untuk lebih baik daripada orang lain  kerana tidak akan bermanfaat suatu nasihat yang diberikan oleh orang  yang tidak mengamalkan apa yang dikatakannya. Sebab, bagaimana  seorang yang salah dapat memperbaiki kehidupannya sementara ia  mendengar seorang yang lebih buruk darinya berusaha untuk  mengajarinya. Kemudian hendaklah orang yang mencari Allah berusaha  lari dari percakapan dengan manusia kerana Musa ketika berada sendirian  di atas gunung Saina' maka beliau menemukan Allah dan berdialog  dengan-Nya sebagaimana seorang pencinta berdialog dengan kekasihnya.  Dan hendaklah orang-orang yang mencari Allah berusaha keluar sekali  setiap tiga puluh kali ke tempat yang biasa di jadikan perkumpulan oleh  masyarakat dunia. kerana boleh jadi ia dapat melakukan suatu amal pada  satu hari saja namun dihitung amalnya itu selama dua tahun, khususnya  berkaitan dengan pekerjaan yang di situ ia mencari ridha Allah.  Hendaklah ketika ia berbicara tidak melihat ke arah mana pun kecuali ke  arah dua kakinya, dan ketika ia berbicara hendaklah mengatakan hal  yang penting saja. Hendaklah ketika ia makan tidak berdiri dari meja  makan dalam keadaan kekenyangan. Dan hendaklah mereka berpikir  setiap hari kerana boleh jadi mereka tidak akan menemui hari  berikutnya. Dan hendaklah mereka benar-benar memanfaatkan waktu  mereka sebagaimana mereka selalu bernafas. Hendaklah satu baju dari  kulit binatang cukup untuk mereka. Hendaklah mereka setiap malam  berusaha untuk tidur tidak lebih dari dua jam. Hendaklah mereka  berusaha berdiri di tengah-tengah salat dengan rasa takut. 
Kerjakanlah semua ini dalam rangka mengabdi kepada Allah s.w.t dengan  menjunjung tinggi syariat-Nya yang Allah s.w.t kurniakan kepada kalian  melalui Nabi Musa. kerana dengan cara seperti ini, kalian akan  menemukan Allah s.w.t dan kalian akan merasakan pada setiap zaman  dan tempat bahawa kalian berada di bawah naungan Allah s.w.t dan Dia  akan selalu bersama kalian." Demikianlah apa-apa yang disebutkan dalam  injil Barnabas melalui tulisan Ilya. ?