Nabi Ayub as menggambarkan sosok manusia yang paling sabar, bahkan  bisa dikatakan bahawa beliau berada di puncak kesabaran. Sering orang  menisbatkan kesabaran kepada Nabi Ayub. Misalnya, dikatakan: seperti  sabarnya Nabi Ayub. Jadi, Nabi Ayub menjadi simbol kesabaran dan  cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada setiap bahasa, pada  setiap agama, dan pada setiap budaya. Allah s.w.t telah memujinya  dalam kitab-Nya yang berbunyi:
"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah  sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)."  (QS. Shad: 44)
Yang di maksud al-Aubah ialah kembali kepada Allah s.w.t. Nabi Ayub  adalah seseorang yang selalu kembali kepada Allah s.w.t dengan zikir,  syukur, dan sabar. Kesabarannya menyebabkan beliau memperoleh  keselamatan dan rahsia pujian Allah s.w.t padanya.
Al-Quran al-Karim tidak menyebutkan bentuk dari penyakitnya, dan  banyak cerita-cerita dongeng yang mengemukakan tentang penyakitnya.  Dikatakan bahawa beliau terkena penyakit kulit yang dahsyat sehingga  manusia-manusia enggan untuk mendekatinya. Dalam cuplikan kitab  Taurat disebutkan berkenaan dengan Nabi Ayub: "Maka keluarlah syaitan  dari haribaan Tuhan dan kemudian Ayub terkena suatu luka yang sangat  mengerikan dari ujung kakinya sampai kepalanya." Tentu kita menolak  semua ini sebagai suatu hakikat yang nyata. Kami pun tidak mentolerir  jika itu dianggap sebagai perbuatan seni semata. Perhatikanlah ungkapan  dalam Taurat: "Kemudian syaitan keluar dari haribaan Tuhan kita,"  sebagai orang-orang Muslim, kita mengetahui bahawa syaitan telah  keluar dari haribaan Tuhan sejak Allah s.w.t menciptakan Adam as.  Maka, kapan syaitan kembali ke riba Tuhan? Kita berada di hadapan  ungkapan seni, tetapi kita tidak berada di hadapan suatu hakikat.
Lalu, bagaimana hakikat sakitnya Nabi Ayub dan bagaimana kisahnya?  Yang popular tentang cubaan Nabi Ayub dan kesabarannya adalah riwayat  berikut: para malaikat di bumi berbicara sesama mereka tentang  manusia dan sejauh mana ibadah mereka. Salah seorang di antara  mereka berkata: "Tidak ada di muka bumi ini seorang yang lebih baik  daripada Nabi Ayub. Beliau adalah orang mukmin yang paling sukses,  orang mukmin yang paling agung keimanannya, yang paling banyak  beribadah kepada Allah s.w.t dan bersyukur atas nikmat-nikmat-Nya dan  selalu berdakwah di jalan-Nya." syaitan mendengarkan apa yang  dikatakan lalu ia merasa terganggu dengan hal itu. Kemudian ia pergi  menuju ke Nabi Ayub dalam rangka berusaha menggodanya tetapi Nabi  Ayub adalah seorang Nabi di mana hatinya dipenuhi dengan ketulusan  dan cinta kepada Allah s.w.t sehingga syaitan tidak mungkin  mendapatkan jalan untuk mengganggunya.
Ketika syaitan berputus asa dari mengganggu Nabi Ayub, ia berkata  kepada Allah s.w.t: "Ya Rabbi, hamba-Mu Ayub sedang menyembah-Mu  dan menyucikan-Mu namun, ia menyembah-Mu bukan kerana cinta, tapi  ia menyembah-Mu kerana kepentingan-kepentingan tertentu. Ia  menyembah-Mu sebagai balasan kepada-Mu kerana Engkau telah  memberinya harta dan anak dan Engkau telah memberinya kekayaan dan  kemuliaan. Sebenarnya ia ingin menjaga hartanya, kekayaannya, dan  anak-anaknya. Seakan-akan berbagai nikmat yang Engkau kurniakan  padanya adalah rahsia dalam ibadahnya. Ia takut kalau-kalau apa yang  dimilikinya akan binasa dan hancur. Oleh kerana itu, ibadahnya dipenuhi  dengan hasrat dan rasa takut. Jadi, di dalamnya bercampur antara rasa  takut dan tamak, dan bukan ibadah yang murni kerana cinta."
Riwayat tersebut mengatakan bahawa Allah s.w.t berkata kepada iblis:  "Sesungguhnya Ayub adalah hamba yang mukmin dan sejati imannya.  Ayub menjadi teladan dalam keimanan dan kesabaran. Aku  membolehkanmu untuk mengujinya dalam hartanya. Lakukan apa saja  yang engkau inginkan, kemudian lihatlah hasil dari apa yang engkau  lakukan."
Akhirnya, syaitan pergi dan mendatangi tanah Nabi Ayub dan berbagai  tanaman dan kenikmatan yang dimilikinya. Kemudian syaitan itu  menghancurkan semuanya. Keadaan Nabi Ayub pun berubah dari puncak  kekayaan ke puncak kefakiran. Kemudian syaitan menunggu apa tindakan  Nabi Ayub. Nabi Ayub berkata: "Oh musibah dari Allah s.w.t. Aku harus  mengembalikan kepada-Nya amanat yang ada di sisi kami di mana Dia  saat ini mengambilnya. Allah s.w.t telah memberi kami nikmat selama  beberapa masa. Maka segala puji bagi Allah s.w.t atas segala nikmat yang  diberikannya, dan Dia mengambil dari kami pada hari ini nikmat-nikmat  itu. Bagi-Nya pujian sebagai Pemberi dan Pengambil. Aku dalam keadaan  redha dengan keputusan Allah s.w.t. Dia-lah yang mendatangkan manfaat  dan mudarat. Dia-lah yang redha dan Dialah yang murka. Dia adalah  Penguasa. Dia memberikan kerajaan kepada siapa yang di kehendaki-Nya,  dan mencabut kerajaan dari siapa yang dikehendaki-Nya; Dia memuliakan  siapa yang dikehendaki-Nya dan menghinakan siapa yang dikehendaki- Nya." Kemudian Nabi Ayub sujud dan Iblis tampak tercengang melihat  pemandangan tersebut.
Lalu syaitan kembali kepada Allah s.w.t dan berkata: "Ya Allah, jika Ayub  tidak menerima nikmat kecuali dengan mengatakan pujian, dan tidak  mendapatkan musibah kecuali mendapatkan kesabaran maka hal itu  sebagai bentuk usahanya kerana ia mendapatkan anak. Ia mengharapkan  dengan melalui mereka kekayaannya meningkat dan melalui mereka ia  dapat menjalani kehidupan yang lebih mudah." Riwayat mengatakan  bahawa Allah s.w.t membolehkan bagi syaitan untuk berbuat apa saja  kepada anak-anak Ayub. Kemudian syaitan menggoncangkan rumah yang  di situ anak-anaknya tinggal sehingga mereka semua terbunuh. Dalam  keadaan demikian, Nabi Ayub berdialog kepada Tuhannya dan menyeru:  "Allah memberi dan Allah mengambil. Maka bagi-Nya pujian saat Dia  memberi dan mengambil, saat Dia murka dan redha, saat Dia  mendatangkan manfaat dan mudarat. Kemudian Ayub pun sujud dan iblis  lagi-lagi tampak tercengang dan merasa malu."
Iblis kembali menemui Allah s.w.t dan mengatakan bahawa Ayub dapat  bersabar kerana badannya sehat. Seandainya Engkau memberi kekuasaan  kepadaku, ya Rabbi, untuk mengganggu badannya nescaya dia akan  berhenti dari kesabarannya. Riwayat mengatakan bahawa Allah s.w.t  menginzinkan syaitan untuk mengganggu tubuh Ayub. Dikatakan bahawa  syaitan memukul tubuh Nabi Ayub dari kepalanya sampai kakinya  sehingga Nabi Ayub sakit kulit di mana tubuhnya membusuk dan  mengeluarkan nanah, bahkan keluarganya dan sahabat-sahabatnya  meninggalkannya kecuali isterinya. Namun lagi-lagi Nabi Ayub tetap  bersabar dan bersyukur kepada Allah s.w.t. Beliau memuji-Nya pada hari- hari kesehatannya dan ia tetap memuji Allah s.w.t saat mendapatkan  ujian sakit. Dalam dua keadaan itu, Nabi Ayub tetap bersabar dan  bersyukur kepada Allah s.w.t.
Melihat pemandangan itu, amarah syaitan semakin meningkat namun ia  tidak mengetahui apa yang harus dilakukannya. Di sini syaitan  mengumpulkan para penasihatnya dari pakar-pakar dan ia menceritakan  tentang kisah Ayub dan meminta mereka mengeluarkan  pendapat—setelah ia menyampaikan rasa putus asanya saat menggodanya  atau mencuba menghilangkan sifat sabarnya dan syukurnya.
Salah seorang syaitan berkata: "Sungguh engkau telah mengeluarkan  Adam bapak manusia dari syurga, lalu dari mana engkau mendatanginya?  Oh, yang engkau maksud adalah Hawa?" Terbukalah di hadapan Iblis  suatu ide yang baru. Lalu ia pergi ke isteri Ayub dan memenuhi hatinya  dengan rasa putus asa sehingga ia pergi ke Ayub dan berkata padanya:  "Sampai kapan Allah s.w.t menyiksamu? Di mana harta, keluarga, teman  dan kaum kerabat? Di mana masa jayamu dan kemuliaanmu dahulu?"
Mendengar perkataan isterinya itu, Nabi Ayub menjawab: "Sungguh  engkau telah dikuasai oleh syaitan. Mengapa engkau menangisi kemuliaan  yang telah berlalu dan anak yang telah mati?" Perempuan itu berkata:  "Mengapa engkau tidak berdoa kepada Allah agar Dia menghilangkan  cubaan darimu dan menyembuhkanmu serta menghilangkan  kesedihannmu?" Nabi Ayub berkata: "Berapa lama kita merasakan  kebahagiaan?" Isterinya menjawab: "Delapan tahun." Ayub berkata:  "Berapa lama kita mendapat penderitaan?" Isterinya menjawab: "Tujuh  tahun." Ayub berkata: "Aku malu jika aku meminta agar Allah s.w.t  melepaskan penderitaanku ketika aku melihat masa kebahagiaanku.  Sungguh imanmu tampak melemah dan keputusan Allah s.w.t membuat  hatimu menjadi sempit. Seandainya aku sembuh dan kembali kepada  kekuatanku, nescaya aku akan memukulmu dengan seratus kali pukulan  dari tongkat. Sejak hari ini, aku tidak memakan dari makananmu dan dari  minumanmu atau memerintahkanmu untuk melakukan suatu urusan.  Maka pergilah kau dariku."
Akhirnya, isteri Nabi Ayub pergi sehingga Nabi Ayub tinggal sendirian  dalam keadaan sabar menanggung penderitaannya. Penderitaan yang  seandainya ditimpakan kepada gunung nescaya gunung tidak akan mampu  menahannya. Kemudian Nabi Ayub berdoa kepada Allah s.w.t dalam  keadaan penuh kasih sayang dan meminta belas kasih kepada-Nya. Beliau  berdoa agar Allah s.w.t menyembuhkannya. Dan akhirnya, doanya  dikabulkan oleh Allah s.w.t. Demikianlah riwayat yang popular berkenaan  dengan penderitaan Nabi Ayub dan kesabarannya.
Menurut hemat kami riwayat ini palsu kerana ia sesuai dengan teks  Taurat yang menjelaskan sakitnya Nabi Ayub. Begitu juga kami tidak  menerima jika dikatakan bahawa penyakitnya sangat buruk sekali yang  menyebabkan masyarakat lari darinya sebagaimana dikatakan oleh  dongeng-dongeng kuno. Bagi kami, riwayat semacam itu bertentangan  dengan kedudukan kenabian. Yang perlu kita perhatikan dan perlu kita  pastikan adalah apa-apa yang telah disampaikan oleh Al-Quran berkenaan  dengan cerita Nabi Ayub. Al-Quran adalah kitab satu-satunya yang pasti  benar yang tiada kebatilan di depan dan di belakangnya.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan (ingatlah kisah) Ayub ketika ia menyeru Tuhannya: ('Ya  Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau  adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.'  Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan  penyakit yang ada padanya dan Kami kembalian keluarganya  kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu  rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang  menyembah Allah." (QS. al-Anbiya': 83-84)
Kita telah memahami bahawa Nabi Ayub adalah hamba yang soleh dari  hamba-hamba Allah s.w.t. Allah s.w.t menginginkan untuk mengujinya  dalam hartanya, keluarganya, dan badannya. Hartanya hilang sehingga ia  menjadi orang fakir setelah sebelumnya ia termasuk orang yang paling  kaya. Kemudian ia ditinggalkan oleh isterinya dan keluarganya sehingga  ia merasakan erti kesunyian dan kesendirian lalu ia ditimpa penyakit  dalam tubuhnya dan ia merasa menderita kerananya, tetapi beliau tetap  sabar menghadapi semua itu dan tetap bersyukur kepada Allah s.w.t.
Sakit yang dideritanya cukup lama sehingga beliau menghabiskan waktu- waktu dan hari-harinya dalam keadaan sendirian bersama penyakitnya,  rasa sedihnya, dan kesendiriannya. Demikianlah Nabi Ayub merasakan  segi tiga penderitaan. Segi tiga penderitaan dalam hidupnya, yaitu sakit,  kesedihan, dan kesendirian. Di saat beliau mendapat cubaan seperti itu,  pada suatu hari datang pada beliau salah satu pemikiran syaitan. Fikiran  itu berputar-putar di relung hatinya; fikiran itu mengatakan padanya,  wahai Ayub penyakit ini dan penderitaan yang engkau rasakan oleh  kerana godaan dariku. Seandainya engkau berhenti sabar dalam satu hari  saja nescaya penyakitmu akan hilang darimu. Kemudian manusia-manusia  berbisik-bisik dan berkata: Seandainya Allah s.w.t mencintainya nescaya  ia tidak akan merasakan penderitaan yang begitu hebat. Demikianlah  pemikiran yang jahat itu. syaitan tidak mampu untuk mengganggu  seseorang kecuali dengan izin Allah s.w.t sebagaimana Allah s.w.t tidak  menjadikan cinta-Nya kepada manusia identik dengan kesihatan mereka.  Sesungguhnya Allah s.w.t menguji mereka sebagaimana yang  dikehendaki-Nya.
Fikiran syaitan itu berputar di sekitar hati Nabi Ayub seperti berputarnya  lalat di musim panas di sekitar kepala manusia, namun beliau mampu  menghilangkan fikiran ini dan sambil tersenyum kepada dirinya beliau  berkata: "Keluarlah hai syaitan! Sungguh aku tidak akan berhenti  bersabar, bersyukur, dan beribadah." Akhirnya, fikiran jahat itu dengan  rasa putus asa keluar dari akal Nabi Ayub. Nabi Ayub duduk dalam  keadaan marah kerana syaitan berani untuk mengganggunya. Beliau  membayangkan bahawa boleh jadi syaitan berani menggodanya dengan  memanfaatkan kesendiriannya, penderitaannya, dan penyakitnya.
Isteri Nabi Ayub datang dalam keadaan terlambat dan mendapati Nabi  Ayub dalam keadaan marah. Isterinya itu menutupi kepalanya dengan  suatu kain tertutup. Isteri Nabi Ayub menghadirkan atau menghidangkan  makanan yang baik untuknya. Nabi Ayub bertanya padanya: "Dari mana  engkau mendapati wang?" Nabi Ayub telah bersumpah akan memukulnya  seratus kali pukulan dengan tongkat ketika beliau sembuh, tetapi  kesabarannya sungguh sangat luas seperti sungai yang besar. Dan di  waktu sore, setelah mengetahui kehalalan makanan yang dihidangkan,  beliau pun memakannya. Kemudian Nabi Ayub keluar menuju ke gunung  dan berdoa kepada Tuhannya.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan ingatlah akan hamba Kami Ayub ketika ia menyeru Tuhannya:  'Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan'  (Allah berfirman): 'Hentamkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk  mandi dan untuk minum. Dan Kami anugerahi dia (dengan  mengumpulkan kembali) keluarganya dan (Kami tambahkan) kepada  mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari Kami dan  pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran. Dan ambillah  dengan tanganmu seikat (rumput), maka pukullah dengan itu dan  janganlah kamu melanggar sumpah. Sesungguhnya Kami mendapati  dia (Ayuh) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba.  Sesungguhnya dia sangat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 41-44)
Bagaimana kita memahami perkataan Nabi Ayub, "Sesungguhnya aku  diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan."? Nabi Ayub ingin  mengadukan kepada Tuhannya perihal keberanian syaitan padanya di  mana syaitan membayangkan bahawa ia dapat mengganggunya. Nabi  Ayub tidak percaya bahawa sakit yang dideritanya adalah datang kerana  pengaruh syaitan.
Demikianlah pemahaman yang sesuai dengan kemaksuman para nabi dan kesempurnaan mereka. Allah s.w.t memerintahkan beliau untuk mandi di salah satu mata air di gunung. Allah s.w.t memerintahkannya agar beliau minum dari mata air ini. Kemudian Nabi Ayub melaksanakan perintah ini dan mandi serta minum. Belum lama beliau minum pada tegukan yang terakhir sehingga beliau merasakan sehat dan sembuh sepenuhnya dari penyakitnya. Kemudian suhu panas dalam tubuhnya pun kembali normal seperti biasanya. Allah s.w.t memberikan kepada Ayub dan keluarganya dan orang-orang yang seperti mereka suatu rahmat dari sisi-Nya sehingga Nabi Ayub tidak kembali sendirian. Allah s.w.t memberinya berlipat-lipat kekayaan dan kemuliaan dari sisi-Nya sehingga Ayub tidak menjadi fakir.
Nabi Ayub kembali mendapatkan kesehatannya setelah lama merasakan  penderitaan dan sakit; Nabi Ayub bersyukur kepada Allah s.w.t. Beliau  telah bersumpah untuk memukul Isterinya sebanyak seratus pukulan  dengan tongkat ketika beliau sembuh. Sekarang beliau sembuh maka  Allah s.w.t mengetahui bahawa beliau tidak bermaksud untuk memukul  Isterinya. Namun agar beliau tidak sampai melanggar janjinya dan  sumpahnya, Allah s.w.t memerintahkannya agar segera mengumpulkan  seikat ranting dari bunga Raihan yang berjumlah seratus dan hendaklah  beliau memukulkan itu kepada isterinya dengan sekali pukulan. Dengan  demikian, beliau telah memenuhi sumpahnya dan tidak berbohong. Allah  s.w.t membalas kesabaran Ayub dan memujinya dalam Al-Quran  sebagaimana firman-Nya:
SUMBER